blog-post-img-367

White Space tinjau luaskan operasi

Oleh SARAH NADLIN ROHIM
sarah.rohim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Mei – White Space Sdn. Bhd. (White Space), penggendali butik pejabat sedang meninjau beberapa lokasi baru untuk perkembangan perniagaannya menjelang suku kedua tahun ini.

Pengarahnya, Leslie Jeyam berkata, antara lokasi yang menjadi sasaran mereka adalah beberapa kawasan di Lembah Klang, Ipoh, Johor Bahru, Singapura dan Hong Kong.

”Setakat ini, kami telah mengenalpasti sebuah kawasan di Kia Peng, di sini dan kami sedang melakukan beberapa perkara untuk memulakan operasi di situ,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Tambah Jeyam, penubuhan butik pejabat ini bertujuan menyediakan kemudahan kepada syarikat-syarikat yang tidak mempunyai pejabat di Malaysia untuk menjalankan urusan mereka.

”Pada kebiasaannya syarikat-syarikat ini memerlukan kelengkapan seperti bilik mesyuarat atau kelengkapan pejabat yang lain untuk menguruskan perniagaan mereka.

”Dengan kehadiran White Space, masalah berkenaan dapat diatasi melalui penawaran beberapa pakej menarik untuk menyewa ruang, kelengkapan pejabat dan perkara-perkara lain pada kadar sewa sangat menarik,” katanya sambil menyatakan ibu pejabatnya adalah bertempat di Mont Kiara, di sini.

Antara pakej ahli yang ditawarkan adalah Partner bernilai RM99 sebulan dengan kelebihan alamat perniagaan, perkhidmatan telefon dan faks, senarai syarikat-syarikat, khidmat pesanan ringkas (SMS), perkhidmatan kurier, pengiriman, dokumen, bantuan pengurusan perniagaan dan akses kepada perkhidmatan rakan niaga White Space.

Pakej kedua Professional bernilai RM199 mengandungi semua perkhidmatan di bawah pakej Partner tetapi ditambah penggunaan percuma bilik mesyuarat kecil selama dua jam dan ditawarkan kad akses.

Pakej kedua adalah Premier pada harga RM299 sebulan mengandungi kemudahan pakej Professional tetapi ditambah pula penggunaan percuma bilik mesyuarat besar selama dua jam dan diskaun 50 peratus bagi penggunaan bilik mesyuarat dan sebagainya yang disediakan di White Space.

Selain itu, Jeyam berkata, apa yang ditawarkan White Space ini bersesuaian dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama mereka yang baru memulakan perniagaan dengan kos yang rendah.

”Dengan penawaran pakej yang murah, PKS ini dapat menjimatkan kos dan mendapatkan perkhidmatan terbaik tanpa memikirkan keperluan untuk memiliki atau menyewa pejabat.

”Untuk menarik minat PKS, kami bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) untuk mencari rangkaian PKS dan untuk diperkenalkan,” katanya.

Bergerak ke hadapan White Space juga ingin menjadi syarikat yang menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat.

”Antara perkhidmatan itu termasuklah khidmat guaman, perakaunan dan sebagainya. Ia mudah ditawarkan ekoran kehadiran rakan-rakan niaga White Space pada masa ini,” katanya.

Ditubuhkan pada Januari 2009, White Space menyasarkan jumlah dagangan sebanyak RM3 juta dalam tempoh dua tahun.

2 Comments

  • Promosi Jubah (5 years ago) Reply

    Cik admin... nak minta kebenaran bookmark n share kat tweet boleh
    ?

  • White Space (5 years ago) Reply

    Hi Mr,

    Sure go ahead :)

    Cheers
    The White Space Team

Leave a Reply

Rules of the Blog
Do not post violating content, tags like bold, italic and underline are allowed that means HTML can be used while commenting. Lorem ipsum dolor sit amet conceur half the time you know i know what.